Friday, March 7, 2008

PM - Don't Spend RM 81 Billion For Subsidy, Reduce By 50% and save RM 40 Billion

WITH the end of the era of cheap oil (current price per barrel is $106), many see Malaysia’s current oil and gas subsidies as unsustainable and inefficient.

A high subsidy level is not efficient from a welfare perspective because those who can afford to pay for higher fuel prices are also benefiting from the subsidy that is aimed at alleviating the burden faced by the low-income groups.


It was recently reported that the top 4% income group in Malaysia is utilising 60% of the household subsidies (fuel, electricity, tollsetc.)!



It is also not efficient from a distributional perspective because of leakages, hoarding and smuggling to countries with higher fuel prices.In addition, given that oil is a scarce and non-renewable resource, it would not be wise to encourage high consumption by keeping domestic prices way below the international level through subsidies.



News Update

Feb. 27, 2008- Second Finance Minister, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop was recently reported by the media as saying that the government is expected to spend RM81 billion on all forms of subsidies this year "to help Malaysians cope with the rising prices."The sum includes subsidies on petrol, diesel, education, healthcare and textbooks.

The yearly subsidies on education and healthcare totalled RM29 billion and RM9 billion, respectively.

For economist, Professor Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff, the subsidy policy practised by the government for over 50 years cannot be a permanent feature."The rakyat needs to be educated on this issue. I am not anti-subsidy, as I believe there is a valid case for subsidies under certain circumstances and this is particularly true for health care and education.

Massive Subsidies

Feb 25 , 2008- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today the government allocated massive subsidies to offset the price of petrol in the market as it cares for and is concerned about the people. The Prime Minister said the government did not want the people to be too heavily burdened by the rise in petrol price.

The government was spending RM43.4 billion currently to provide various subsidies to offset the petrol price increase and the allocation was actually much bigger than that for national development, he said

Memahami Subsidi Minyak

KUALA LUMPUR, 31 Julai 2007 -- Kenaikan harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) mulai hari Ahad adalah lanjutan daripada keputusan kerajaan 5 Mei lalu untuk mengurangkan secara berperingkat subsidi petroleum, yang pada tahun ini mencecah sekurang-kurangnya RM7.6 bilion jika harga tidak dinaikkan.

Melalui kenaikan ini, kerajaan dapat menjimatkan subsidi sebanyak RM1 bilion menjadikan jumlah subsidi tahun ini kepada RM6.6 bilion.

Kewajaran langkah menjadi ketara kerana subsidi petroleum dan cukai yang dikorbankan pada tahun ini akan berjumlah RM14.5 bilion walaupun selepas kenaikan harga yang terbaru ini.

Hari Sabtu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit petrol sebanyak 10 sen seliter, diesel sebanyak 20 sen seliter dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram.

Bagi menghadapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamed mahu rakyat sebagai pengguna memainkan peranan dengan bijak dalam berbelanja, termasuk bijak dalam membuat pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggunghjawab terhadap perbelajaan.

Sebagai contoh, beliau berkata lazimnya terdapat 10 hingga 20 peratus "pembaziran" makanan yang disediakan oleh purata keluarga di negara ini yang terpaksa dibuang, dan kadar ini lebih tinggi dalam jamuan yang melibatkan orang ramai seperti kenduri.

Juga pengguna boleh menguruskan perjalanan dengan kenderaan secara lebih berhemat bagi mengurangkan kegunaan minyak iaitu sumber asli yang semakin pupus.

"Rakyat perlu sedar bahawa dalam masa 19 tahun lagi, tiada setitik minyak pun akan dapat dikeluarkan dari bumi atau dasar laut Malaysia," katanya sebagai memberi satu amaran tentang senario masa depan tenaga di negara ini.

Berikut soal jawab dengan Mustapa Mohamad berhubung perkara subsidi ini:


S: Kenapakah subsidi minyak wajar dikurangkan dan apakah kesan negatif daripada subsidi?

J: Salah satu kesan negatif ialah berlakunya herotan pasaran yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Ini bermakna harga komoditi berkenaan tidak menggambarkan kos sebenar kerana harga pasaran adalah di bawah harga sebenar. Akibatnya akan berlaku penggunaan yang berlebihan dan pembaziran. Di samping itu, akan timbul kegiatan yang tidak sihat seperti penyelewengan, penipuan dan penyeludupan. Kerajaan tidak boleh biarkan jurang antara harga pasaran dan harga subsidi terus melebar kerana ini boleh menggalakkan penyelewengan. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab membeli diesel pada harga subsidi dan menjualnya kepada kilang/industri pada harga pasaran yang lebih tinggi.

Satu lagi kesan ialah berlakunya penyeludupan minyak, khususnya diesel Malaysia untuk dijual ke negara jiran. Ini seumpama memberi subsidi kepada rakyat asing. Akibatnya, kumpulan sasar tidak mendapat manfaat sepenuhnya kerana faedah ini turut dinikmati orang yang tidak layak, yakni orang asing. Negara kerugian besar. Andainya 10 peratus minyak Malaysia diseludup ke luar, ertinya negara kehilangan RM660 juta subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia, berdasarkan subsidi sebanyak RM6.6 bilion yang dianggarkan pada akhir 2005.

Juga penyeludupan minyak memerlukan kerajaan membuat belanja tambahan untuk meningkatkan penguatkuasaan melalui tambahan kakitangan dan peralatan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyekat penyeludupan.

Selain itu, subsidi yang begitu besar merupakan kos melepas kerana jumlah itu boleh diguna untuk memberi manfaat kepada rakyat dan generasi masa depan, yakni anak cucu kita seperti membina sekolah, hospital dan pelbagai kemudahan awam.

Pada hari ini, subsidi juga menguntungkan orang kaya yang memiliki banyak kereta berbanding orang miskin yang mempunyai motosikal. Ini tidak adil. Lebih baik jika wang yang digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan-tujuan lain yang lebih menguntungkan rakyat jelata.

Apabila jumlah subsidi meningkat jumlah wang yang ada untuk pembangunan akan berkurangan.

Pemberian subsidi juga mengurangkan keupayaan kerajaan untuk mengurangkan defisit negara.

S: Apakah maksud subsidi?

J: Subsidi adalah wang yang dibayar oleh kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut rendah berbanding kos sebenar atau harga pasaran. Subsidi merupakan bantuan untuk meringankan beban kepada pengguna.

S: Berapa lamakah subsidi ini akan dikekalkan? Perlukah ia dihapuskan?

J: Kerajaan akan terus menyediakan subsidi minyak tetapi akan menentukan tahap subsidi yang mampu ditanggung olehnya.

Kerajaan sedang merangka kaedah yang lebih baik bagi memastikan bahan petrol seperti diesel dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak termasuk nelayan, pengusaha kenderaan awam seperti bas dan teksi serta pengusaha pengangkutan sungai di Sabah dan Sarawak.

S: Apakah maksud kehilangan cukai?

J: Penjualan diesel dan petrol adalah tertakluk kepada cukai jualan sebanyak 19.64 sen seliter bagi diesel dan 58.62 sen seliter bagi petrol. Bagaimanapun, cukai jualan tidak dikenakan ke atas gas memasak. Cukai jualan ini yang diperkenalkan pada tahun 1983, dikenakan sebagai salah satu punca hasil kerajaan di samping menjadi alat penstabil harga produk petroleum. Oleh itu, untuk mengurangkan harga runcit produk petroleum, langkah pertama yang diambil oleh kerajaan ialah memberi pengecualian cukai jualan ke atas produk berkenaan yang menyebabkan kerajaan mengalami kehilangan hasil cukai.

Sejak kebelakangan ini, jumlah pengecualian cukai ini semakin besar. Umpamanya pada tahun 1993, kehilangan hasil adalah RM190.8 juta sahaja tetapi meningkat kepada RM2.6 bilion pada tahun 1999 dan terus meningkat kepada RM7.9 bilion pada tahun 2005. Pengecualian keseluruhan cukai jualan ke atas diesel wujud sejak daripada bulan Oktober 1999 lagi berikutan harga diesel yang semakin meningkat manakala bagi petrol sejak Jun 2004.

S: Berapa harga sebenar minyak dan bahan petroleum jika tiada subsidi?

J: Tanpa subsidi, harga petrol premium (RON97) ialah RM2.45 seliter dan bukannya RM1.62 seperti harga sekarang. Sebenarnya, apabila seseorang pengguna membeli seliter petrol premium di Semenanjung Malaysia, kerajaan menanggung beban sebanyak 82.82 sen, yakni 58.62 sen dalam bentuk pengecualian cukai jualan dan 24.20 sen dalam bentuk subsidi.

Harga pasaran diesel tanpa subsidi di Semenanjung sepatutnya RM2.07 seliter. Tapi pengguna membeli seliter diesel dengan harga RM1.28 sahaja. Ini kerana adanya subsidi 59.13 sen seliter dan pengecualian cukai jualan 19.64 sen.

Harga pasaran gas memasak (LPG) tanpa subsidi di Semenanjung adalah RM2.39 sekilogram. Tapi pengguna membeli sekilogram LPG dengan harga RM1.45 sekilogram sahaja. Ini kerana adanya subsidi 93.92 sen sekilogram. Umpamanya, bagi satu tong gas 12 kilogram harga yang kita bayar adalah RM17.40 tetapi harga sebenar ialah RM28.67. Jadi bagi setiap tong gas, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM11.27.

S: Berapakah perbelanjaan kerajaan untuk subsidi minyak?

J: Jumlah subsidi bergantung kepada penggunaan minyak. Semakin banyak minyak digunakan rakyat, semakin tinggilah bebanan subsidi yang ditanggung kerajaan.

Subsidi yang diberikan pada tahun 2001 adalah RM2.4 bilion berasaskan harga purata minyak mentah WTI (West Texas Intermediate iaitu harga rujukan di Amerika Syarikat dan dunia) sebanyak AS$25.24 setong. Pada 2004 subsidi meningkat kepada RM4.8 bilion berdasarkan harga purata minyak mentah dunia sebanyak AS$41.60 setong.

Ini belum mengambil kira kehilangan hasil yang juga kian meningkat sejak 2002, dari RM3.3 bilion pada tahun 2002 kepada RM4.8 bilion pada tahun 2003 dan RM7.2 bilion pada tahun 2004.

Bagi tahun 2005, dengan menaikkan harga runcit diesel dan petrol pada 31 Julai 2005, kerajaan dapat menjimatkan subsidi sebanyak RM1 bilion menjadi RM6.6 bilion pada tahun 2005 berbanding RM7.6 bilion jika harga tidak dinaikkan (2004: subsidi RM4.8 bilion).

Subsidi yang begitu besar merupakan kos melepas kerana jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lebih produktif dan berfaedah kepada rakyat seperti membina sekolah atau kemudahan awam.

S: Kerajaan memperoleh faedah daripada kenaikan harga minyak. Tidak bolehkah kerajaan menambah tanggungan subsidi?

J: Jika harga minyak naik, hasil Petronas naik, hasil kerajaan juga naik. Tapi pada masa yang sama subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan juga naik, dari RM4.8 bilion tahun 2004 kepada jangkaan RM6.6 bilion tahun ini.

Jadi, memang benar negara mendapat keuntungan lebih tinggi dengan kenaikan harga minyak kerana pendapatan negara bertambah hasil daripada pertambahan eksport. Namun, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam membelanjakan pendapatan ini. Adalah tidak wajar 100 peratus keuntungan atau pendapatan ini digunakan semata-mata untuk subsidi minyak.

Namun begitu perlu diingat, bahawa kita beroleh keuntungan dari kenaikan harga minyak pada jangka pendek sahaja. Pada jangka sederhana, kenaikan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia dan sebagai sebuah ekonomi terbuka, eksport kita akan merosot. Hasil negara akan berkurangan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu dalam jangka sederhana, kenaikan harga minyak sebenarnya tidak menguntungkan kita.

Lagipun sebahagian keperluan minyak oleh rakyat negara ini perlu dibeli dan diimport dari negara lain. Ini bermakna walaupun kenaikan harga minyak dunia menyebabkan hasil bertambah, ia juga bermakna negara perlu berbelanja lebih untuk mengimport minyak pada harga yang lebih tinggi.

S: Patutkah kerajaan menggunakan sepenuhnya sumbangan Petronas untuk membiayai subsidi?

J: Sebenarnya, sumbangan Petronas kepada hasil negara adalah mencukupi untuk membiayai sepenuhnya subsidi keluaran petroleum.

Namun begitu, perbelanjaan subsidi adalah perbelanjaan hangus. Walaupun kerajaan boleh membiayai sepenuhnya subsidi yang kian meningkat tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik kerana akan menjejaskan pelaksanaan program lain yang lebih produktif.

Oleh itu, jika rakyat dan kerajaan dapat berkongsi kos kenaikan harga keluaran petroleum dan mengurangkan jumlah subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan, sebahagian daripada sumbangan Petronas boleh dilaburkan ke dalam aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan baru demi kesejahteraan negara dan rakyat.

S: Keuntungan Petronas meningkat kerana kenaikan harga minyak. Tidakkah patut Petronas menyumbang lebih untuk menangani kesan kenaikan harga minyak?

J: Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, Petronas telah membuat sumbangan besar terhadap pembangunan negara. Dalam tahun kewangan 2004/2005, ia telah menyumbang RM31 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti. Ini merupakan peningkatan 47 peratus berbanding dengan sumbangan tahun sebelumnya. Jumlah ini merupakan 53 peratus daripada keuntungan kasar Petronas sebanyak RM59 bilion pada tahun kewangan 2004/2005.

Petronas hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan, manakala sebahagian besarnya iaitu 70 peratus dikuasai pesaingnya seperti Shell, Esso, Caltex, BP, Mobil dan Projet. Jika Petronas dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi juga untuk syarikat-syarikat minyak asing.

Di Malaysia, Petronas mempunyai tiga loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan 256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada jumlah keluaran negara. Baki sebanyak 53 peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil (88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari). Oleh kerana Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, adalah jelas bahawa untuk memenuhi keperluan, kita juga perlu bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.

Di samping itu, Petronas telahpun memberi subsidi gas untuk sektor tenaga negara ini berjumlah RM25 bilion sejak Mei 1997. Harga gas yang ditetapkan kepada sektor tenaga pada masa ini hanyalah RM6.40 per million British Thermal Unit (mmbtu) sahaja sedangkan harga gas berasaskan harga komersil ialah sebanyak RM25.70 per mmbtu. Harga gas yang rendah ini membolehkan Malaysia mengekalkan tarif elektrik pada tahap yang munasabah.

S: Apakah kesannya jika Petronas menggunakan kesemua keuntungannya untuk menampung subsidi?

Petronas adalah sebuah entiti perniagaan yang beroperasi di negara ini dan di peringkat antarabangsa. Jika sebahagian besar keuntungannya digunakan untuk subsidi, mungkin ia akan dianggap sebagai syarikat yang tidak bertanggungjawab dan akan menjejaskan kredibilitinya. Akibatnya, Petronas mungkin diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan antarabangsa.

Peranan utama Petronas adalah mengurus dan mengekalkan sumber minyak dan gas negara kita. Bagi mencapai matlamat ini, keuntungan mestilah dilaburkan semula untuk kegiatan carigali sama ada di dalam negeri mahupun di luar negeri. Keuntungan juga perlu dibelanjakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Dalam tahun kewangan 2004/2005, Petronas melabur 61 peratus daripada jumlah pelaburannya atau sebanyak RM10.7 bilion untuk aktiviti carigali. Jika tidak ada pelaburan baru, Malaysia akan menjadi pengimport bersih petroleum menjelang tahun 2009.

Pelaburan oleh Petronas dalam aktiviti carigali, telah meningkatkan rizab minyak negara sebanyak 2-3 peratus setahun. Ini tidak akan berlaku jika semua keuntungan digunakan untuk subsidi.

S: Apakah pilihan kerajaan dalam menangani kenaikan harga petroleum?

J: Dalam menghadapi isu subsidi produk petroleum serta kaitannya dengan kedudukan kewangannya, kerajaan mempunyai tiga pilihan, iaitu:

+ Mengekalkan harga runcit petroleum walaupun harga pasaran antarabangsa naik. Ini bermakna keseluruhan kenaikan harga produk akan dibiayai oleh kerajaan melalui peningkatan bayaran subsidi serta kehilangan hasil cukai. Jurang antara harga pasaran dengan harga subsidi juga akan semakin luas. Peningkatan subsidi dan kehilangan cukai bererti semakin kurang peruntukan dapat disediakan untuk tujuan pembangunan negara dan kerajaan akan berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal; atau

+ Memansuhkan subsidi dan menarik balik pengecualian cukai dan membiarkan harga naik sehingga mencerminkan harga pasaran. Dengan ini tiada lagi jurang antara harga pasaran dan harga subsidi. Ini bererti pengguna akan menanggung keseluruhan kenaikan harga tersebut. Beban sepenuhnya akan dirasai oleh semua pengguna produk petroleum. Kerajaan dapat menjimatkan wang yang banyak untuk membiayai projek pembangunan dan rakyat perlu membayar harga pasaran produk petroleum. Namun begitu dalam keadaan ini kerajaan mungkin dituduh keterlaluan dan dianggap zalim; atau

+ Menaikkan harga sedikit seperti keadaan sekarang. Jurang di antara harga pasaran dan harga subsidi dapat dikurangkan. Ini bererti sebahagian kenaikan dipindahkan kepada pengguna dan sebahagiannya ditanggung oleh kerajaan melalui subsidi. Tanggungan subsidi juga dapat dijimatkan dan penjimatan itu dapat membiayai perbelanjaan yang lebih produktif. Kenaikan harga secara sederhana tidak akan memberi kesan mengejut kepada rakyat dan memberikan ruang untuk rakyat dan pengguna membuat penyesuaian sewajarnya dalam perbelanjaan mereka.

Pada pandangan kerajaan jurang antara harga pasaran dunia dan harga dalam negeri perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu pilihan ketiga, adalah jalan tengah dan merupakan pilihan terbaik. Ini bermakna kerajaan akan terus menyediakan subsidi dan rakyat berkongsi sedikit dengan kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak.

S: Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat sebagai pengguna?

J: Berikutan dengan kenaikan harga minyak, terdapat di kalangan peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan. Oleh itu, sebagai pengguna, rakyat perlulah bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Ini termasuk bijak dalam membuat pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggungjawab ke atas perbelanjaan.

Pengguna mestilah berhemat dalam perbelanjaan dengan berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan. Di samping itu, pengguna perlu membuat pilihan bijak dengan membandingkan harga dan kualiti barangan dan kedai sebelum berbelanja. Ini secara langsung dapat meningkatkan kedudukan kewangan keluarga.

Dengan berbelanja secara berhemat dan merancang perbelanjaan, pengguna boleh mengurangkan pembaziran.

Sebanyak 41 peratus dari penggunaan tenaga digunakan oleh sektor pengangkutan. Oleh itu, dari segi penggunaan minyak, dengan merancang perjalanan lebih awal, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam, perbelanjaan ke atas minyak boleh dikurangkan.

S: Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat?

J: Rakyat perlu sedar bahawa dalam masa 19 tahun lagi, tiada setitik minyak pun akan dapat dikeluarkan dari bumi atau dasar laut Malaysia. Oleh itu, kita perlu menggunakan hasil petroleum ini dengan berhemat. Kita mesti mencari jalan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dan memainkan peranan menggunakan hasil minyak hari ini untuk tujuan produktif. Kita mesti berjimat cermat, jangan membazir dan mencari sumber tenaga alternatif seperti biofuel.

Beberapa negara seperti Indonesia dan Thailand telah memperkenalkan langkah-langkah penjimatan tenaga yang radikal. Rakyat negara ini wajar menyokong usaha kerajaan berhubung penggunaan tenaga secara berhemat.

Kerajaan akan bertindak tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengaut keuntungan berlebihan. Pengguna boleh memainkan peranan dengan melaporkan kegiatan tidak beretika ini kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil. Peniaga, pedagang dan pengusaha pula perlu bersikap patriotik dan tidak mengkhianati orang ramai dengan menaikkan harga barangan atau jualan sewenang-wenangnya.